9 Januari 2013 - 20:30

Duta Iran di Syria Muhammad Ridha Shaibani kelmarin mengesahkan pembebasan 48 penziarah Iran yang diculik pemberontak Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Duta Iran ke Damsyiq Muhammad Ridha Rauf Shaibani dalam sidang media di hotel  Sheraton, tengah Damsyiq mengumumkan pembebasan para penziarah Iran yang telah diculik pengganas Syria beberapa bulan lalu.Kata beliau, "Para penziarah seramai 48 orang telah dibebaskan semuanya termasuk seorang penterjemah yang menjadikan jumlah mereka 49 orang. Namun ada dua lagi jurutera Iran yang masih ditahan dan kami akan berusaha keras demi pembebasan mereka." Beliau menceritakan bahawa proses pembebasan para penziarah yang diculik dan ditahan di berbagai lokasi ini amatlah sukar.Shaibani turut mendedahkan operasi menyelamat mangsa culik ini mengambil waktu yang amat panjang. Pada mulanya pengganas meminta syarat yang terlalu mustahil untuk dipenuhi, namun setelah proses yang berlanjutan dan bantuan pihak dalaman Syria, termasuklah pihak diluar, proses ini akhirnya mencapai kemajuan.Beliau berharap kejadian tidak berperi kemanusiaan ini tidak akan berulang lagi dan menyeru agar tidak menggunakan cara penculikan demi membuat ancaman, seterusnya untuk mencapai matlamat tertentu.Shaibani turut menekankan jalan terbaik hanyalah perundingan atau dialog dan penyelesaian secara aman, serta menghindari perkara yang boleh merosakkan rakyat dan negara. Beliau turut mengutarakan bahawa Republik Islam Iran amat mementingkan penyelesaian aman untuk mencari jalan keluar dalam isu ini.Selain itu Haidar Pur, selaku anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Dasar Luar di Majlis Syura Islam Iran menyatakan bahawa negara Turki turut terlibat dalam memainkan peranan pembebasan para penziarah Iran ini.Ucapan ini disambut dengan ketibaan para penziarah Iran di hotel Sharaton yang dikerumuni pihak media.Kumpulan pengganas Syria beberapa bulan lalu menculik 48 warga Iran ketika pulang dari menziarahi makam Sayyidah Zainab yang sedang menuju ke lapangan terbang.